ABOUT TUTORIAL FREEBIES ORDER FOLIO Premade Template

22 March 2013

Al - Fatihah buatmu sahabat :')


Semoga dikau disamping golongan2 org yg beriman sahabat :')

Entri kali nie, maaf mengusik sentuhan nurani jiwa dan sanubari. Sebuah coretan untuk seorang sahabat didunia yang Allah pinjamkan kepada aku dan rakan rakan lain. Alhamdulillah aku bersyukur Allah meminjamkan seorng sahabat yg benar2 baik.

Liyana Nasuha bt Azimat. 

Tersemat satu nama, beberapa hari lalu. Terdetik ingin menceritakan mengenai beliau. Entah kenapa hati ini Allah detikkan jugak. Rupa rupanya ini hikmah Allah berikan. Semalam ketua kelas kami DNS C Danis call. Tapi aku xdgr, then die hantar chat di FB menyatakan "Liyana Nasuha dan meninggal dunia, accident kereta" Ya Allah saat tu aku terdiam. Tak terkata. Aku panggil Syiera yg duduk dihadapan meja aku.

Aku tak terkata, tak percaya, tak semua, tak itu, tak ini ! Aku hanya terdiam. TERKEJUT sngt rasanya. Hati ingin menangis. Tapi tak terluah. Tak tentu arah dibuatnya. Masih tak percaya. Tapi telah disahkan sendiri oleh kakak arwah.

Aku dan Danis plan nak ke Jitra jugak, untuk menziarah. Danis selaku kawan baik arwah di poli dan aku jugak pernah menjadi rakan dia dan pernah menjadi rakan sebagai satu kumpulan. Kami berbincang itu ini, last2 keputusan dibuat. Danis, Syiera, Ayu, Abe dan aku akan ke sana. Kami menyewa kereta dan terus shoot ke Jitra. Mengambil masa perjalanan 3jam untuk sampai ke sana.

Segala urusan jenazah sudah selesai, yang tinggal hanya kenangan dan sebuah doa untuk rakanku. Rumahnya kelihatan suram, sunyi hanya ditemani kesunggullan mak arwah. Hiba rasa dihati. Kami diam xmahu mengganggu emosi. Aku memulakan bicara, perkenalkan diri kami. Alhamdulillah, lama kelamaan mak arwah kelihatan tenang menceritakan hal arwah. Walau pun di samping tangisan hiba.

Mak arwah menceritakan bagaimana kejadian berlaku. SubhannaAllah, sedih kami mendengar. Arwah dilanggar kereta dipandu oleh perempuan cina. Dia sendiri tidak menyedari. Allah, mencerita kan keadaan arwah yg meninggal di tempat kejadian, sebak kami. Satu bdn arwah patah2, calar cuma dibelakang bdn. Muka Alhamdulillah dipelihara oleh Allah, masih cantik menurut mak arwah. Cuma bahagian pinggang ke bawah agak parah dan disebabkan itu urusan pengebumian harus disegerakan.

Banyak sebanarnya perubahan yg terdapat dalam diri arwah kebelakangan ini. Diceritakan sendiri oleh mak arwah dan mak sedara arwah. Kami terdiam, kami tak terkata. Sedih sebak, ya Allah cepat benar kau ambil rakan sebaik arwah. Kami mendengar dan terdiam, setengah jam di rumah arwah. Bnyk maknya menceritakan.

Sebenarnya bnyk tanda tanda sebelum seseorng pergi, cuma kita sebagai manusia sering alpa dan tidak endah hal seremeh itu. Allah, sedih bila mak arwah menceritakan. Arwah mintak untuk sambung belajar jauh2 setelah diploma tamat. Lagi sedih bila mlm sebelum arwah pergi die meminta izin untuk mengaji dan mengeluarkan gambar2 masa arwah masih kecil. Sebak suasana masa tu. Ya Allah Ya Rabbi :'(

Masa tak mengizinkan kami lama di rumah arwah. sewaktu tiba jam menunjukkan 5.30 ptg. Kami mengucapkan takziah. Mak arwah kelihatan penat, kami beri ruang supaya berehat. Lemah benar kami melihat mak arwah, bersandar di dinding. Tak terkata sedihnya. Allah kuatkan keluarga arwah :')

Buat kamu wahai sahabat :

Allah mengirimkan kamu sebagai seorng sahabat yg amat baik. Walaupun kita tak lahh serapat mana. Tapi aku masih merasa kehilangan seorng rakan, sahabat yg sngt baik ! Alhamdulillah Allah pinjamkan dirimu sebentar kepada kami. Semoga kau tenang disana. Semoga Allah menempatkan kamu dalam kalangan org2 yang beriman. Amin. Al - Fatihah buatmu sahabat :')

Alhamdulillah, tepat jam 11mlm kami tiba di Ipoh. Penat jgn ckp, tapi alhamdulillah. Kami dapat sampai kan sumbangan kepada keluarga arwah. Semoga keluarga arwah tabah menghadapai dugaan Allah. Amin

muka arwah yg kelihatan agak garang *sebelah kanan sekali :')

arwah bersama ketika berada didalam satu kumpulan :')
*arwah di sebelah kanan sekali
*abaikan plss muka hodoh aku masa sem 2 nie =.=''



6 comments:

Puteri Mama said...

al-fatihah untuk arwah sahabat adik..

Amanina said...

Salam.. bru 1st singgah sini :)

Al-fatihah..semoga tabah ya

Qiela Azman said...

@Puteri Mama tq :')

Qiela Azman said...

@Amanina insyaAllah :') tq

Nurul Syawani said...

Al-fatihah utk arwah ..
sem0ga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman, Aminn..

Qiela Azman said...

@Nurul Syawani tq, amin :')

 
All Rights Reserved By Qiela Azman