Big Day (bersanding)

10:11 AM

3 March 2018

Majlis Bersanding berlangsung seperti selalu selalu yang berlaku. Tapi kalini terlebih istimewa sebabnyaaaaaa Menteri Besar Perak (MB) Dato' Seri Zambry Abdul Kadir hadir memeriahkan majlis. Alhamdulillah istimewa sangat bagi kami berdua. Dato' Seri adalah boss kepada papaku, beliau sangat rajin hadirin kenduri kendara family kami. Masa Arwah atok meninggal dulu pun beliau sempat ziarah kami sekeluarga di kampung. Sangat sempoi dan tak perlu adat2. Alhamdulillah syukur majlis berjalan lancar sehingga kepetang.





my second parents (in law)

Lovely Family

Tak ada yang terkurang yang dpt dilihat, meriah majlis. Papa bukan main tempah itu ini untuk majlis pertama dalam keluarga kan (adik beradik). Tempah kuew teaw goreng, apam balik, cucur udang, aiskrim (kakak ku sponsor) fuhh semua lazat2 sampai pengantin tak dpt rasa ! hahahaha khemah pun papa pasang sampai 14 biji ! hambikkk meriah ke tak rupa dia ?




my PhotoBook corner, thank you lovely cousins siapkan utk aii :*

Alhamdulillah, acara habis on time, elok nak tunggu pegi outdoor photoshoot semua tetamu dah bersurai. Keluarga qiela pun dah start mengemas dah. Haripun mcm dah gelap, cecepat siap nak p outdoor plak, tapi sayang time tgh best2 hujan plak. huhu sadis kami tauuu, dpt shoot satu tempat jaa gambar berdua.

all the Grooms and Brides Maid :)

Hahahaa masa ni tgh berdepan dengan angin kuat dan nak hujan
Balik rumah dah magrib, ya Allah baru terasa letih dia mcm mana. Sekali otw balik rumah ada makcik2 qiela suruh buat majlis "mencempak" dorang kata ini adat orang perak which is i dont know apa bende majlis tu. dorang ckp lps magrib start.

Mencempak ni ahli keluarga/sanak saudara/ kenalan yang rapat akan bersalam dengan pengantin dan letak duit dlm bekas yang disediakan. Alhamdulillah dapat kenal kan family qiela dengan suami. selesai semua bersalaman, acara membuka hadiah pula. fuhh bnyk betul hadiah berguna yang kami dpt guna sampai sekarang.  Happening sangat acara tu, yaAllah seronok betul masing2 sebab dari pagi masing2 dah bz uruskan majlis qiela tu. Terima kasih semua yang terlibat.



Maka tamatlahh sudah acara disebelah pihak perempuan. Alhamdulillah semua baik2 sahaja. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga yang membantu keringat, wang ringgit, tenaga, usaha dan semuanya. Jasa anda hanya Allah yang dpt membalasnya.

You Might Also Like

3 COMMENT

feel free to drop a comment?
will be appriciated! :D