Solemnization Day (2 March 2018)

2:12 PM

2 March 2018

Pagi pagi bangun biasa lahh, bersiap sedia utk majlis lps magrib nanti. Dari pagi tak duduk diam kehulu kehilir. Nasib semalamnya dah ke spa utk rilek kan badan. Tapi hari kejadian duk lah paksa diri buat semua benda. Sampai kan masa dah nak makeup pun masih nak mop lantai lagi. Cadang nak rehat2 tidur pun tak jadi. Sekali dah pukul 5.30ptg daaaa.

Masa makeup langsung tak rasa mcm nak menikah ja mlm sat lagi, still boleh rilek sembang2. Siap ckp "wehh kenapa tak rasa debar pun" hahaha akak MUA tu ckp "xpe kejap lagi dah siap makeup rasa lahh tu" hahahhaa BETUL wehh, siap je makeup terus debar. Adudududu debaran menunggu pihak lelaki sampai ke rumah pulak.



Alhamdulillah tepat jam 9.00 malam, Qiela sah bergelar isteri kepada Mohd Roshazriq Bin Rosni dengan sekali lafaz. Sebak sedu sedan confirm ada. Habis makeup I sebab menangis berie. Hahahaha jenuh lahh member2 betulkan segala cacat cela tu.




Dalam tak sedar, melayan semua orang utk bergambar. Pukul 11 baru dpt mkn, tapi dedua makan 2 suap je. Hahaha perut masuk angin uolsss. Geram je tgk lauk pauk. Alhamdulillah semua habis mlm tu, kira tak membazir dan tak ada yang tak cukup.

Lepas settle rumah, pukul 1 pagi pegi ke dewan pulak, nak set up majlis esoknya di dewan, Allah penatnya jangan ckp, letih sungguh. Tapi turn out rasa happy sangat ! Pelamin Qiela req cantik sangat2. Allah sungguh terpegun. Semua yang masuk dewan malam tu mmg terpegun cantik sungguh. Geram Betul tgk hasil tangan Bridal ZuhaWeddingPlanner tu. Alhamdulillah, xde banyak yg Qiela nak komen. Seronok sngt tgk hasil tangan kak ina ! hehehee



kesudahnya, balik tidur dah dekat pukul 3 pagi ! hahahaha nasib boleh bangun awal deknon, kalau tidak terlajak lerr makeup esoknya. letih jangan cerita dari pagi bertungkus lumus.

You Might Also Like

0 COMMENT

feel free to drop a comment?
will be appriciated! :D