DIY Majlis Perkahwinan

12:32 PM

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali dalam rancangan ................... (hahaha berangan kau Qiela)

Dulu2 Qiela ada update DIY masa bertunangkan ? Kalini nak update pasal DIY time kahwin bulan 3 haritu. Baru ada masa nak update okayyyy *padahal rindu dgn penulisan*

Alhamdulillah, masa kahwin haritu banyak jugak boleh jimat cermat. Memang fikir sehabis baik utk nak DIY je semua benda, tapi yelahh mana mampu semua benda nak buat sendiri *berangan lagi*.

Jangan berlengah lagi, jom tengok apa barang2 yang Qiela dah DIY utk menjimatkan duit !


1) Kad Kahwin



Alhamdulillah, rasanya journey design kad kahwin ni lahh paling lama okayy ! ada je benda tak kena dgn design tu. lebih dari 10 kali rasanya ubah design. hahahhaa betapa cerewetnya diriku. tapi at the end mmg berpuas hati sangat sebab tengok hasil tangan sendiri dari A - Z. Nasib baik mmg kerja kedai printing, so dapatlah berjimat sehabis boleh sebab keluar duit modal je bukan sekali untung. Beratus jugak dapat berjimat cermat !


2) Banner & Bunting

Banner

Bunting



Memandangkan Qiela mmg kerja bahagian printing banner ni, dapat lagi berjimat kali ganda. Mmg dapat harga paling cun melecun je, tapi bukan print banyak pun. Design Alhamdulillah dapat design semua benda ikut tema. Ehh puas hati lahh citer dia tgk hasil tangan sendiri depan mata masa majlis haritu.


3) Sticker Goodies


Janji ikut tema sudah
Close up sticker tak ada, tapi nampak kan dekat mana letaknya


Ini pun dapat lahh print murah sbb boss kenal org print sticker murah. Mmg deme xambik untung pape pun. Bayar untuk modal keluar semata.


4) Guestbook




Guestbook corner yang simple, janji ada
*bunting, kad kahwin, guestbook*

Fuhhh yang ni lagi satu, paling susah nak cari kedai printing yang boleh ikut design kita nak. Ya Rabbi mmg merata cari. Sekali jumpa jugak kedai printing yang murah sikit. Dekat Taman Cempaka tu je pun, dekat sangat dengan tempat kerja tu haaa.


5) Baju Nikah + Veil






Yang ni paling paling tersayang ! Awal2 dulu fikir nak beli je baju nikah, tapi korek2 almari terjumpa baju masa konvokesyen poli dulu, mmg wajib baju warna putih/cream. Nasib baik cuba2 muat, tapi ketat certain part. Tapi masih boleh di alter. Proses alter pun dah makan masa, mmg lama gila journey baju yang hanya dipakai untuk beberapa jam tu. hahahaha bukan sebab apa pun, tapi sebab bila takde mood nak buat, mmg tak akan jadi bajunya. Veil tu tak nampak sangat, sbb mmg simple. Mmg dah sipi2 masa sangat siapkan, terus xde idea ! hahahaha


6) Hantaran







As usual, mmg hantaran ni sendiri jelahh buatkan, berkat2 tanya orang sana sini. Dapat pinjam lapik dulang cermin cantiksss uolss ! Hahahhaa tak kreatif mana, buat jelah mana rasa sedap mata memandang. Sebab hantaran pun bukan nak buat apa, sekadar tangkap gambar je. Lepas dah ambik barang mmg buang2 je semua tu.


7) Bilik Pengantin


ni best friend sis, tgh mengandung 5 bulan pun sibukkan diri utk majlis iolss. Dia lah punya idea dkt kepala katil tu. haha


Bilik ni mmg lama dah rasa nak transform, tapi asyik tak sampai hajat je. Nasib baik nak kawen ! tercapai jugak hajat nak transform bilik ni. Puas hati jugak sbb buat sendiri dgn bantuan beberapa orang. Mmg clear habis ! hahahaha yelahh lepas ni pun jarang2 balik Ipoh dah. Tak ada gambar bilik full, dapat sipi2 jadilahh.

Birai kepala katil tu pakai langsir ikea yang jaring2 murah je. jimats uolss ! bunga pun beli kedai muroh je, puas hati sbb bilik nampak terang. Sblum hias2 cat dinding dulu, asalnya warna hijau suram + biru, tah gabungan warna apa lahh tuan rumah dulu buat. Lampu sisi katil tu pinjam opah sedara punya. Hahaha penjimatan sangat uolss! tak payah berie sangat2 aihh. Ouhh ye bunga dan cadar tu ihsan dari kawan baik sis atas tu, alhamdulillah dia sudi bantu even tgh struggle bawak perut kehulu kehilir. sudi terima tawaran jadi bridesmaid sis !

Okayy rasanya tu jelahh yang berDIY oleh Qiela, ke ada lagi ehh *insert emoji* hahahhaa sesiapa nak khidmat menjahit manik/lace and apa2 jelahh utk baju and veil. Jangan malu jangan segan Contact Qiela terus okayy 018 - 9660993. nak design kad kawen and bunting segala benda tu pun boleh je nak wassap Qiela. Kita deal sampai jadi. Okayy semoga berjumpa lagi ! Terima kasih sudi baca blog yang bersawang ni.

You Might Also Like

0 COMMENT

feel free to drop a comment?
will be appriciated! :D