TRAVEL : Pulau Perhentian 2016 | Part 1

11:23 AM



Assalamualaikum,

Wuhuuu entry pertama di tahun 2016.



Nak kongsi cerita pasal trip ke Perhentian pada 25 - 27 March 2016.
Trip melibatkan 5 orang sahabat yang inginkan percutian hebat. Hahahaha
Dengan mengambil pakej dari @perhentiankravers yang sangat owesome !

24 March 2016

Ambil tiket bas dari Ipoh ke Kuala Besut dengan menaiki bas Perdana Express. (RM45)
Dari Ipoh dengan sorang member (Deeba). Kami menaiki bas pada jam 10.20pm , bas sampai lambat sampai ingatkan bas xde. hahahaa mereput memasing tunggu bas tak muncul-muncul. Kami gerak menuju ke Kuala Besut melalui jalan Grik. Allah masa tu takut sangat haaa. Jalan kemain lahh berliku, nak tido pun terjaga jaga. Tapi alhamdulillah kami selamat sampai. Kalau tak sampai tak akan lah boleh menaip entry ni yeddak ?



25 March 2016

Alhamdulillah, pada jam 5.30Pagi kami sampai ke jeti Kuala Besut. Masa tu buddiz dari KL dah sampai dalam setengah jam dari kami sampai. Yang dua orang lagi buddiz dari Pekan pun sampai. Ngam-ngam kami sampai semua hampir sama, xde lahh terkontang-kanting memasing. Kami melepak depan deret kedai jeti tu sambil nak tunggu pagi. Boat paling awal pun pukul 8Pagi ke Pulau Perhentian.




Since semuanya kebulur, kami menunggu lahh kedai2 sekeliling ni bukak. Lepas dah tgk semua dah bukak baru kami gerak ke kedai makan. Ada pun nasi lemak kukus je pulak, ahh bedal ajelahh kot lapar ke karang. Tak pepasal menyusahkan nak cari makanan lain. Lepas makan tu terus call ejen kami yang @perhentiancravers ni. Dia suruh tunggu untuk kumpulkan semua orang2 yang ambik pakej dia. Woahh kemain ramai. Sambil sambil tu cuci mata tgk barang2 dekat sekitar jeti. Bnyk lahh souvenir.

sebelum naik boat laju, kita bergambar dulu. sempoi abg pakej ni.


Tak perasan pulak pukul berapa kami naik boat, mungkin dah excited sangat kann sampai lupa nak tgk jam. Perjalanan dalam 45 Minit. Again tak tgk jam sebab kemain tau speed boat tu hentak hentak kami. Sakit ya Rabbi oii. Dinasihatkan jangan lahh duduk boat depan2 walaupun nak menikmati permandangan. Bukan dapat menikmati pun, menikmati kesakitan ye. hahahaha bertabahlahh kami.


*haaa nampak ke idak kami terseksa duduk bahagian depan tu? hahaha tobat dahhh*

Sampai di jeti Perhentian dalam pukul 10 lebih mcm tu. Sampai sampai kemain semua jakun tgk air laut kemain cantik. Semua nak selfie sana sini, tapi sebenarnya penat nokharomm. Sampai2 kami try nak check in dekat resort dulu even dah bagi tau check in pukul 3. hahaha biasa lahh. Jenis tak menyempat. Alhamdulillah dalam 15 minit urusan utk check in selesai. Maka kami pun menuju ke bilik memasing. Fuhh masuk2 kemain lahhh lawa sangat resort ni. Ouhh lupa buh nama resort. Kami menginap di Sharila Resort. Puas hati sangat lahh dapat resort ni. Bilik kami 3 orang.

maafkan ketidakbetulan diri ku ini. ahahaha


Cadangnya nak rehat2 lahh sebelum pi lunch. Biasa lahh kalau dah penat kann, tertidur di katil yang sangat empuk tak hingat, hahahhaa bangun tido kemain semua lapar. Siap siap sekali panggil bebudak lelaki 2 org tu, haram dijawab. call bilik tak angkat, call handphone tak angkat, ketuk bilik dgr. last2 kami yang perempuan ni dah lapar sangat, kami gerak ajelahh dulu. fuhh boleh tahan lahh harga dekat pulau ni, tapi xpe janji sedap dan berbaloi masuk perut even mahal pun.


kami bertiga ajalahh, yang dua lagi sedap tido.


*ni je kedai paling murah makanannya THE SUNSET CAFE. kalau korang nak makan pegi lahh cari kedai ni okayy*

Lepak2 makan ambik angin sepoi tepi laut, fuhh nikmat sungguh. Sampai ke malam aktiviti kami bebas, so kami pun melepak aje tepi laut. dari ptg sampai ke senja kami tgk sunset tepi resort tu, resort ada private pantai dia, so tak bercampur sngt. air laut tu, subahanaAllah cantik sngt. jernih namati. terpegun gila lahh citanya.

ini kawasan private sea resort ni. lawaaaaaa

sambil tunggu sunset, kita bergambar lahh apa lagi. lawa ke idakk ? hehehe

tak ke lawa air laut perhentian ni ?


Lepak-lepak then apa lagi, kita berjamming lahh lagu. mmg kami suruh antara depa bedua lelaki ni bawak guitar. ahhahaa kemain tau melepak tak hingat tepi laut malam. dah settle apa lagi, kita tido lahh nak persiapkan diri utk pegi snorkling satu hari suntuk sampai lunyai punya pakej esoknya. hahahaha

okayyy kita sambung di entry seterusnyaaaaa ........

You Might Also Like

0 COMMENT

feel free to drop a comment?
will be appriciated! :D