TRAVEL : HATYAI, THAILAND | PART 1

1:03 PM


Assalamualaikum,


Image result for HATYAI

Payah betul bila nak menulis tapi kekangan masa tu terlampau sangat. Idea dah mencurah curah, tapi tak sempat nak diolah ke dalam blog ni. Mcm-mcm dah fikir nak tulis itu ini, tapi asyik tak sempat ja. Sampaikan dah taip kene simpan as draft dulu hahhaa sadis nyaa.



Okayy kalini nak berkongsi cerita ketika berada di Hatyai, Thailand. My very first trip to another country in life. My first time pegi buat passport, umur dah 24 tahun baru merasa semua tu. Beruntunglah kalau siapa yang selalu sangat visit country orang ni. fuhh

As a typical manusia lahh, bila 1st time ni mmg "jakun" sikit. Hahahaa semua benda nak terpegun. Mana lahh tak nya, dah semua benda baru. Berbeza sangat dgn negara sendiri yeddak ? Feeling tu berbeza nauu.



Sebenarnya trip ni, trip sponsor dari company tmpt kerja. Alhamdulillah siapa tak nak pegi trip free ? Cuma sediakan duit makan dan buah tangan ja. Mula2 memang dah tolak, tapi memikirkan "bila lagi nak pegi jenguk negara orang" so nekad jugak nak pegi. Buat passport pun lagi 3 hari nak pegi. Sbb last minit punya decision. Nasib baik boleh join lagi okayy.

13-Jan-2017

Malam jumaat (sabtu pagi) dalam pukul 1 pagi kami bergerak ke arah utara. Pengangkutan dan penginapan semua ditaja so kami tak payah risau. Sepanjang perjalanan, aircond dalam bas tu boleh buat beku tau. Punya lahh sejuk, driver kata xboleh nak adjust dah. Haih mujur beli sweeter berbulus sebelum pegi trip ni. Beli bundle jelahh, but in good condition, Puas hati beli.

Kami singgah di 2 perhentian RNR Bukit Merah dan RNR Gurun. Mmg favourite spot utk berhenti and rehat. Lega lahh dapat hilang lenguh2 badan dari Ipoh ni and menahan diri dari kesejukkan.

14-Jan-2017

Kami sampai di area Bukit kayu hitam jam 7.30Pagi. Disini kami berhenti di satu kawasan rehat *tak sure nama apa* sebab sebelum ni di beritahu pakej termasuk makan. Tapi setiba di RNR Gurun, mereka beritahu bahawa makanan diorang tak dapat sediakan. So kami kena tukar wang utk perbelanjaan makanan. Tapi Qiela tak tukar pun, rasanya cukup dah bawak RM250 utk seorang. Dah settle semua kami bergerak ke Bukit kayu hitam, scan passport utk ke border Thailand pulak.



Fuhh masa dkt sini, bukan main ramai. Tapi laju lahh, kerja senang. Scan ja passport tu so mmg tak ambil masa yang lama. Dah lepas border Malaysia, kene masuk border Thailand pulak. Fuhh yang ini agak lambat, sebab ramai nau2 orang nyaa haaa. Kaunter banyak dah, tapi sesak dia kemain tauu. 1st experience ever lahh citanya. Mujur semua okayy, ouhh btw xpayah bayar pun RM1 utk cepatkan urusan dkt imigresen sana *macam yang Qiela baca dkt semua blog2 ni* sebab apa ? Sebab driver van kami uruskan, dia bagi senarai nama semua penumpang van. Fuhhh dah boleh elak rasuah hehehe



Nak lepaskan dua border ni makan masa dalam 2jam jugak lahh. Tapi cepat dan laju, siap boleh lepak2 dekat tepi jalan Danok tu. Siap dah tergoda dengan pulut ayam2 goreng tu. Mmg wishlist sangat wehh nak makan pulut ayam goreng ! Tapi sabor sabor, tahan nafsu dulu *walaupun perut kemain lapar tau*

11 pagi

Kami tunggu yang lain2 untuk lepas imigresen tu, lama jugak lahh. Boleh pulak tgh tunggu2 tu satu group nak makan dkt danok tu je. Ajak singgah kedai tepi border tu. Kami takmo lahh. Then abg van tu bawak kami ke kawasan depan sikit dari border tu. Deretan kedai tepi jalan, haihh makanan dia. Semerbak tau, rasa nak beli semua benda. Area sini boleh je guna currency MYR lagi. So tak risau, tapi Qiela nak jugak pecah duit 1000Baht supaya senang nanti nak beli makanan dkt tmpt lain.

12.30 tgh hari

Dah settle kami makan, kami pun bergerak ke Hatyai. Sepanjang perjalanan, semuanya tidur. Qiela lahh yang tidur dulu, sebab time tu sakit perut dah mula datang. Lepas tu pekena pulut ayam goreng, mmg mengantuk lahh cita dia. Tak dapat nak menikmati pemandangan dinegara orang sbb keletihan.

2.00 ptg

Lelap bukan main lama, last nya kami sampai jugak di Hatyai ouhh masa ni jalan agak penuh lahh. Jem sana sini jugak. Mcm biasa dkt Malaysia.

Nora Plaza, Hatyai. Tempat barangan kulit katanya, bila xminat rasa mcm malas nak ambil tahu. Singgah situ, mcm2 kraft tangan ada. Baju ke apa ke, mcm shopping mall lahh jugak, semua ada. Handbag pun ada.

Image result for nora house hat yai

Kami tak beli apa pun dekat sini, tak ada yang menarik hati pun. Ada tapi rasa mcm boleh pi cari tmpt lain. Last2 bila dah cari tmpt lain, terus tak jumpa dahh. I is sad you know. haihhh benda dah jadi. Lepas je ke sini kami ke tempat borong kacang2. Apa lahh nama dia, Qiela pun tak ingat dah. Tapi dekat je dengan Nora plaza ni. Dekat situ mmg jual yang barang makan kering lahh, mcm2 ada haaa.

As usual, bukan minat pun nak shopping. Turun van nak buat syarat je sbb nak matikan enjin van. Hahaahaha selebih nya bagi idea dkt orang suruh beli itu ini. Okayy apa.



Kaitod Decha. Lepas dah settle diorang membeli sampai penuh van tu, perut pun dah berkeroncong kemain lagi. Tapi Qiela tgh xde selera nak makan tgh haritu. Sakit perut sampai potong selera. So tengok ajelah mereka mereka ini makan sedap2. Hahaha tapi yelahh, mana nak sama cara masak dkt Malaysia ni. Order nama sama, tapi dapat nya lain. hahahhaa rasakannn !

4.00 ptg

Lee Garden Hotel. Kami akhirnya dapat check in hotel. Fuhh lega sungguh. Dekat lobi baru dapat internet, hahahaa punya nak saving tak nak beli plan sana. Iye lahh duduk pun semalam je, bnyk berjalan. Baiklah save 100baht tu dari beli intenet. Jangan risau, dkt danok tu sepanjang jalan ada jual plan internet sana. Tapi depa kata bagus internet sana, laju ! even tengah laut pun dapat coverage. Pemandu van tu lah kata, kalau dia bohong so Qiela pun bohong korang.








6.00 ptg

Dapat berehat sekejap dah siap2 nak pegi berjalan lagi. Destinasi kami seterusnya Floating Market. Siapa pegi sana kalau tak pegi sini, mmg rugi lerr. Macam2 juadah ada dijual, bukan makanan je baju2, souvenir pun ada. Cuma kami xsempat nak jalan sangat kebahagian bukan makanan. Iyelahh bukan nak membeli buah tangan sangat pun. Nak cari makanan je. Katanya Hatyai Syurga Makanan hahahaa ye ke ? Dah settle dekat sini kita move ke tempat lain pulak.





Asian Night Market Hatyai, diorang bawak kami kesini. Amboi amboi banyak nya jual baju kasut kosmetik. Rambang mata dan lenguh juga kaki ni memusing kawasan. Tapi mcm biasa tak ada benda sangat nak beli. Dapat rembat satu bag ja utk kesayangan. Agak murah lahhh berbanding Malaysia.



Grand Plaza, lepas dari night market kami menuju ke Grand Plaza. Yang ini kami request sbb nak balik hotel naik tuk-tuk. Iyelahh pegi negara orang kena tgk apa yang menarik. Ya Rabbi barang murah betul dekat sini ! Syurga makanan sungguh, kalah Floating Market. Sebab sini ada udang besar2, hahahaa seronok betul tengoknya.



Settle makan kami pun menuju ke hotel untuk berehat. Almaklum lahh seharian penuh jadual kami. Kita sambung cerita dekat part 2 pulak ehh ?



You Might Also Like

1 COMMENT

  1. uitttt... bestnya dpt prgi melancong... jeles.... huhu

    p/s : hi... sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye dan tinggalkan komen seikhlas hati.. :D ty..

    Kenapa Allah Ciptakan Neraka?

    ReplyDelete

feel free to drop a comment?
will be appriciated! :D